Larian 1Malaysia dengan rasminya berlangsung di SK. Kampong Sera pada 2 Julai 2011, jam 7.45 pagi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Murid-murid bersama ibu bapa masing-masing, guru, staf dan pihak kantin turut sama memeriahkan majlis ini.
XPDC Sekolah Kebangsaan Kampong Sera ke Bukit Palong, Pulai, Baling
Bukit Palong ialah antara bukit yang melebihi
Sekolah Kebangsaan Kampong Sera dan pekan Pulai
dari puncak Bukit Palong
800 m ketinggiannya yang melatari daerah Baling. Bukit ini boleh dilihat dari jarak sejauh 20km. Sekolah Kebangsaan kampong Sera yang terletak di lembah bukit ini telah mengadakan ekspedisi mendaki dan menerokai khazanah alamnya. Seramai 39 orang murid yang mewakili pelbagai badan beruniform dan 5 orang guru dan staf telah memulakan ekspedisi ini seawal jam 08.00 pagi.
Pendakian bukit ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana keadaan trek yang agak tegak dan bengkang bengkok. Sepanjang pendakian, peserta dapat melihat pelbagai jenis flora yang unik dan menarik.
Begitu juga dengan serangga dan haiwan kecil yang jarang dijumpai dan agak pelik pada pandangan mata. Setibanya di puncak, peserta dapat menyaksikan panorama sebahagian daerah Baling yang amat mengasyikkan.
Pada jam 11.30 pagi, peserta mula turun pulang ke sekolah. Ekspedisi ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap. Selepas berakhirnya aktiviti ini, peserta berasa bertuah dan mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan ini. Peserta juga dapat memupuk sifat sabar dan seterusnya menjadikan mereka lebih cekal.

Langgan:
Catatan (Atom)