Pages

XPDC Sekolah Kebangsaan Kampong Sera ke Bukit Palong, Pulai, Baling



Bukit Palong ialah antara bukit yang melebihi
800 m ketinggiannya yang melatari daerah Baling. Bukit ini boleh dilihat dari jarak sejauh 20km. Sekolah Kebangsaan kampong Sera yang terletak di lembah bukit ini telah mengadakan ekspedisi mendaki dan menerokai khazanah alamnya. Seramai 39 orang murid yang mewakili pelbagai badan beruniform dan 5 orang guru dan staf telah memulakan ekspedisi ini seawal jam 08.00 pagi.


















Pendakian bukit ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana keadaan trek yang agak tegak dan bengkang bengkok. Sepanjang pendakian, peserta dapat melihat pelbagai jenis flora yang unik dan menarik.













Begitu juga dengan serangga dan haiwan kecil yang jarang dijumpai dan agak pelik pada pandangan mata. Setibanya di puncak, peserta dapat menyaksikan panorama sebahagian daerah Baling yang amat mengasyikkan.











Pada jam 11.30 pagi, peserta mula turun pulang ke sekolah. Ekspedisi ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap. Selepas berakhirnya aktiviti ini, peserta berasa bertuah dan mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan ini. Peserta juga dapat memupuk sifat sabar dan seterusnya menjadikan mereka lebih cekal.




























































Sekolah Kebangsaan Kampong Sera dan pekan Pulai
dari puncak Bukit Palong

21 ulasan:

  1. aktiviti yg sangat menarik...sesuai untuk pelajar dan guru2 sekali..... :)

    BalasPadam
  2. Bestnya.Lain kali saya nak join sama.Apa yang special lagi kat sana cikgu?

    BalasPadam
  3. cantiknya..... boleh legakan tension...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. very interesting

    BalasPadam
  6. Kat atas sana ada lata. Airnya sangat fresh dan dingin. Pada musim kemarau sungainya kering kontang sebab air laju menurun bukit. Di kaki bukit terdapat beberapa dusun durian milik orang persendirian. Di puncak pula terdapat 2 pencawang Telekom. Memang best, especially kepada sesiapa yg nak kempiskan perut, he,he

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat menikmati keindahan flora dan fauna.

    BalasPadam
  8. Menariknya gambar yang dipaparkan.. terasa macam nak p ke sana ? Blog Asniza pun hebat..

    BalasPadam
  9. seronoknya...teringin nak joint....cantik la blog..

    BalasPadam
  10. bestnya..boleh tengok fauna n flora.blog yg menarik.jom follow n komen blog sy pulak.tq

    BalasPadam
  11. Flora dan fauna yang cantik. Begitulah ciptanNya.

    BalasPadam
  12. Bestnya aktiviti...dapat ajar anak-anak tentang betapa agungnya ciptaan allah....menarik!!

    BalasPadam
  13. cantik gambar dalam blog cikgu. tenang mata memandang

    BalasPadam
  14. Tahniah. Aktiviti yang sangat menarik

    BalasPadam
  15. aktiviti yang menarik. very challenging for the kids. sesuai utk mental dan fizikal

    BalasPadam
  16. Saya dah sampai tapi ketika buat larian ke puncak jadi tak sempat nak tengok apa-apa.

    BalasPadam
  17. Tak pe semua, nanti kita set program pi Bukit Palong

    BalasPadam